Translate
Saturday, 24 November 2012
Contoh Set Penilaian
1. Sila senaraikan 3 cara untuk mengelakkan diri daripada
tabiat merokok
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
2. Senaraikan 3 faktor yang menyebabkan seseorang
mempunyai tabiat merokok
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
Rancangan Pengajaran Harian - Tunjang Gaya Hidup Sihat
Matapelajaran :
Pendidikan Kesihatan
Tunjang :
Gaya hidup sihat
Tajuk :
Bahan berbahaya
Tarikh :
2 Oktober 2012
Masa :
7.30am – 9.30am
Bilangan Murid : 25
orang
Objektif:
Di akhir pembelajaran, murid – murid dapat:
- Mengetahui kesan
negatif daripada rokok
- Mengetahui
penyakit yang disebabkan oleh rokok
- Mengetahui cara –
cara untuk mencegahkan diri daripada tabiat merokok.
Pengalaman yang sedia ada:
Murid pernah melihat pelbagai jenis rokok
Penerapan nilai :
Sayang-menyayangi, bertolak ansur dan juga menghormati di antara satu sama
lain.
Penggabungjalinan :
Pendidikan sivik – Sayangi keluarga
|
Bahagian / Masa
|
Fokus pembelajaran
|
Aktiviti
|
Strategi dan P &P
|
|
Set induksi
(10 minit)
|
Pengenalan rokok
|
Pertamanya, guru dalam
kelas akan memaparkan beberapa kotak rokok yang mempunyai jenama yang
berlainan.
Kemudiannya, guru dalam kelas
tersebut akan bertanya perasaan murid selepas melihat kotak rokok tersebut.
|
Penjanaan idea, kemahiran menyenarai
|
|
Perkembangan
Langkah I
(15 minit)
|
Penerangan Kesan buruk rokok
|
Setelah mengetahui perasaan dan respon daripada murid
tentang kotak rokok ini, guru dalam kelas akan menjelaskan keburukan merokok.
|
Penumpuan
|
|
Langkah II
(15 minit)
|
Penerangan penyakit yang disebabkan oleh rokok
|
Pada masa yang sama, guru
juga akan menjelaskan pelbagai penyakit yang berkaitan dengan merokok. Ia
akan dijelaskan bersamaan dengan gambar yang berkaitan .
Guru akan menerangkan nama dan kesan setiap jenis
penyakit di atas.
|
Kemahiran mencerita
|
|
Langkah III
(10 minit)
|
Pencegahan daripada tabiat merokok.
|
Guru akan menerangkan langkah – langkah yang perlu
diambil untuk mencegahkan diri daripada tabiat merokok ini.
|
Nilai murni: Penghargaan
|
|
Rumusan dan Penilaian
(10 minit)
|
Sesi refleksi
|
Di akhir aktiviti ini, guru akan memberitahu murid
tentang bahaya merokok dan mengajar murid agar mempunyai kekuatan kendiri dan
haruslah mengatakan “TIDAK” terhadap rokok.
|
Nilai murni: hormat – menghormati, menjaga kesihatan
diri.
|
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) - Tunjang Kebersihan Diri dan Keluarga
Matapelajaran :
Pendidikan Kesihatan
Tunjang :
Kesihatan diri dan keluarga
Tajuk :
Kebersihan diri
Tarikh : 25 September 2012
Masa : 7.30am – 9.30am
Bilangan
Murid : 25 orang
Objektif:
Di
akhir pembelajaran, murid – murid dapat:
- Mengetahui kegunaan
syampu
- Mengetahui cara –
cara pencucian rambut
- Mengetahui cara –
cara menjaga kebersihan diri
Pengalaman yang sedia ada:
Murid pernah melihat pelbagai jenis syampu
Penerapan nilai : Sayang-menyayangi,
bertolak ansur dan juga menghormati di antara satu sama lain.
Penggabungjalinan :
Pendidikan sivik – Sayangi keluarga
Bahagian / Masa
|
Fokus pembelajaran
|
Aktiviti
|
Strategi dan P &P
|
Set induksi
(10 minit)
|
Pengenalan penjagaan kebersihan kendiri
|
Sebagai langkah yang
pertama, guru akan memaparkan sebotol syampu untuk semua murid di dalam
kelas.
Selepas itu, guru akan menanya
kepada semua murid di dalam kelas sama ada mereka mengetahui kegunaan syampu
atau tidak.
Setelah mendengar pendapat
daripada murid, guru akan mula menjelaskan kegunaan dan kebaikan dalam
menggunakan syampu untuk menjaga kebersihan rambut dan kepala seseorang
individu tersebut.
|
Penjanaan idea, kemahiran menyenarai
|
Perkembangan
Langkah I
(15 minit)
|
Penerangan cara – cara mencuci rambut.
|
Guru akan menggunkan syampu tersebut untuk menunjukkan
cara- cara ynag tepat untuk menggunakan syampu mencuci rambut kepada semua
murid di dalam kelas.
Kemudiannya, semua murid di dalam kelas akan
dibahagikan kepada dua orang berpasangan untuk aktiviti kelas yang seterusnya.
|
Penumpuan
|
Langkah II
(15 minit)
|
Mengetahui cara – cara pencucian rambut yang betul.
|
Guru akan mengarahkan
supaya murid – murid perlulah mencuci rambut untuk pasangan masing – masing
dengan menggunakan cara yang betul dan tepat.
Guru akan memantau mereka dalam proses pencucian rambut
tersebut dan memperbetulkan kesilapan yang dilakukan oleh mereka
|
Kemahiran mencerita
|
Langkah III
(10 minit)
|
Penghargaan kepada ibubapa
|
Guru akan menerangkan kepentingan sumbangan ibubapa
kepada anak – anak.
|
Nilai murni: Penghargaan
|
Rumusan dan Penilaian
(10 minit)
|
Sesi refleksi
|
Guru akan mengakhiri aktiviti ini dengan menekankan
bahawa murid- murid perlulah menghormati dan menyayangi ibubapa masing –
masing.
|
Nlai murni: hormat – menghormati, saling mengambil
berat dan hubungan keluarga yang mesra.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)