Translate

Saturday 24 November 2012

Contoh Pembudayaan ICT di sekolah




Contoh 2 Aktiviti Pendidikan Jasmani


Contoh Perjalanan Aktiviti Kelas Pendidikan Jasmani


Permainan Kecil Jasmani


Contoh Set Penilaian


1. Sila senaraikan 3 cara untuk mengelakkan diri daripada tabiat merokok

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________


2. Senaraikan 3 faktor yang menyebabkan seseorang mempunyai tabiat merokok

________________________________________________________________


________________________________________________________________


________________________________________________________________

Rancangan Pengajaran Harian - Tunjang Gaya Hidup Sihat


Matapelajaran              : Pendidikan Kesihatan
Tunjang                        : Gaya hidup sihat
Tajuk                           : Bahan berbahaya
Tarikh                          : 2 Oktober 2012
Masa                            : 7.30am – 9.30am
Bilangan Murid : 25 orang
Objektif:
Di akhir pembelajaran, murid – murid dapat:
  • Mengetahui kesan negatif daripada rokok
  • Mengetahui penyakit yang disebabkan oleh rokok
  • Mengetahui cara – cara untuk mencegahkan diri daripada tabiat merokok.
Pengalaman yang sedia ada:
Murid pernah melihat pelbagai jenis rokok
Penerapan nilai : Sayang-menyayangi, bertolak ansur dan juga menghormati di antara satu sama lain.
Penggabungjalinan        : Pendidikan sivik – Sayangi keluarga

Bahagian / Masa
Fokus pembelajaran
Aktiviti
Strategi  dan P &P
Set induksi
(10 minit)
Pengenalan rokok
Pertamanya, guru dalam kelas akan memaparkan beberapa kotak rokok yang mempunyai jenama yang berlainan.

Kemudiannya, guru dalam kelas tersebut akan bertanya perasaan murid selepas melihat kotak rokok tersebut.

Penjanaan idea, kemahiran menyenarai
Perkembangan
Langkah I
(15 minit)
Penerangan Kesan buruk rokok

Setelah mengetahui perasaan dan respon daripada murid tentang kotak rokok ini, guru dalam kelas akan menjelaskan keburukan merokok.

Penumpuan
Langkah II
(15 minit)
Penerangan penyakit yang disebabkan oleh rokok
Pada masa yang sama, guru juga akan menjelaskan pelbagai penyakit yang berkaitan dengan merokok. Ia akan dijelaskan bersamaan dengan gambar yang berkaitan .

Guru akan menerangkan nama dan kesan setiap jenis penyakit di atas.
Kemahiran mencerita
Langkah III
(10 minit)
Pencegahan daripada tabiat merokok.
Guru akan menerangkan langkah – langkah yang perlu diambil untuk mencegahkan diri daripada tabiat merokok ini.
Nilai murni: Penghargaan
Rumusan dan Penilaian
(10 minit)
Sesi refleksi
Di akhir aktiviti ini, guru akan memberitahu murid tentang bahaya merokok dan mengajar murid agar mempunyai kekuatan kendiri dan haruslah mengatakan “TIDAK” terhadap rokok.

Nilai murni: hormat – menghormati, menjaga kesihatan diri.